Monday, September 8, 2008

Pembangunan Kompleks Albukhary

Kompleks Albukhary, pembangunan tanah seluas 75 ekar di Jalan Langgar, Alor Malai, Alor Setar, Kedah Darulaman ini, merupakan sumbangan amal jariah Yayasan Albukhary yang berhasrat untuk menyediakan pelbagai kemudahan yang meliputi bidang keagamaan, sosial, pendidikan tinggi serta kesihatan yang lengkap dan terkini untuk dinikmati khususnya oleh rakyat negeri Kedah dengan penekanan kepada kebajikan dan pembangunan ummah. Ianya sentiasa terbuka menyambut kunjungan setiap lapisan masyarakat dan juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti:
  • Masjid Albulkhary.
  • Souq Albukhary (Pusat Perniagaan).
  • Singgahan Albukhary.
  • Pusat Rawatan Rakyat - kini lebih mengutamakan operasi rawatan dialisis buah pinggang.
  • Asrama Anak Yatim.
  • Akademi dan Asrama Warga Emas.
  • Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya.
  • Sekolah dan kelas pengajian.
  • Dewan Serbaguna.
  • Tanah Perkuburan Islam.
  • Universiti Antarabangsa Albukhary.

Pembangunan Kompleks Albukhary ini diasaskan dengan konsep:

  • Keislaman.
  • Kepelbagaian.
  • Pengetahuan.

Selain dari itu, konsep senibinanya pula diasaskan dengan beberapa gabungan ciri-ciri kegemilangan senibina Islam dahulukala antaranya konsep:

  • Abassid.
  • Safavid.
  • Almohad/Moorish.